Nama diberi Nur Syahira Binti Zaharin. Kakak kepada Muhammad Ijmal & Muhammad Aimal. Berusia 22 tahun. Lahir pada tanggal 11 Julai 1993 di Hospital Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur. Menetap bersama keluarga di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Menggemari warna merah & juga hitam. Seorang yang kuat gelak, kuat makan, kuat tidur & kadang kala pelik semacam. hehehe..~ Mempunyai seekor haiwan peliharaan bernama "Joonie" iaitu seekor kura-kura jenis "Red Eared Slider Turtle". Sangat meminati K-POP & boleh memahami & mengeja beberapa perkataan di dalam bahasa Korea & suka juga akan beberapa jenis makanan Korea. Merupakan graduan Diploma Pendidikan Pra Sekolah dari Kolej UNITI, Tanjung Agas, Port Dickson. Sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Pendidikan Khas adalah pilihan kedua selepas Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sebelum menerima panggilan temuduga & ujian Medsi di UPSI, saya telah menghadiri temuduga di Universiti Teknologi Mara (UITM) di Shah Alam untuk bidang Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional. Akhirnya, saya ditawarkan oleh kedua-dua Universiti. UPSI telah menjadi pilihan saya kerana ianya berkait rapat dengan apa yang telah dipelajari semasa di bidang Diploma Pendidikan Prasekolah. Harapan saya ialah berjaya menggenggam segulung Ijazah seperti mana saya telah berjaya menggenggam segulung Diploma pada 3 September 2014. Kejayaan & kegembiraan saya semuanya untuk mak, ayah, keluarga, kawan-kawan & juga dia..~
Joonie
Kimbab & Mandu
Korean Lunch Set (Actually tak ingat ape namenye..hahah)
XOXO,
syiraa!! comel Joonie.. Huhu follow kite jugakk :)
ReplyDelete